Thursday, 14 June 2012

Al-Fatihah





Salam ,
Al-Fatihah buat arwah Asyraf Yaacob atau lebih dikenali sebagai Gebeh .
Memang susah nak terima hakikat yang dia dah pergi .
Tak di nafikan arwah bukanlah seorang yang baik , tetapi dia seorang yang peramah dan ceria .
Walaupun aku tak berapa rapat dengan arwah , aku tetap rasa sedih bila dia tak ada .
Tak ada lagi gelak-tawa dengan dia , tak ada lagi nak dengki-dengki dia . Nak kacau-kacau dia . :'(
Suasana sekolah terasa suram bila di beritahu oleh guru bahawa Asyraf Yaacob dah pergi meninggalkan kami pada pukul 10pagi .
Masing-masing masa tuh tengah bercerita nak pergi melawat dia kat hospital . Tapi apakan daya , dia dah pergi lebih awal :'(
Hmmmmm , apabila alat bantuan pernafasan diberhentikan maka terhentilah riwayat Asyraf Yaacob .
15 tahun dia hidup di dunia ni :(
Mungkin Allah lebih sayangkan dia .
Buat keluarga dia , harap diaorang sabar dan redha atas pemergiaan dia . Dah sampai ajal dia untuk pergi lebih awal :'(
Kita yang masih hidup ni harus di teruskan .



Gambar semasa arwah tengah kritikal di ICU . Saat terakhir  :'(

. Asyraf Yaacob .
~ 11/03/1997 - 14/06/2012 ~

Aku dah maafkan segala salah dah silap kau dan aku nak mintak maaf kalau aku ada buat kau kecik hati :'/
Aku ikut masa gi kebumikan kau tadi .
Aku tengok kawan-kawan kau , keluarga kau semua sedih & nagis .
Even , aku pon nagis masa dia orang kebumi kan kau tadi .
Setiap kali imam sebut nama kau , aku rasa nak menitis je air mata ni .
Tapi aku tahan je :/
Aku nak tengok kau buat kali terakhir tapi aku tak berani . 
Aku tak sanggup nak tengok muka kau :'(
Sepanjang kau kat hospital aku harap kau cepat sembuh .
Harap kau dapat gi sekolah macam biasa .
Bila aku dengar kau kat ICU , masa tu aku harap aku dapat jumpa kau lagi .
Aku harap kau tidur untuk beberapa hari je , bukan untuk selamanya .
Tapi tuhan lebih sayangkan kau kan ? 
Kau dah pergi dulu kan ? 
Aku tak dapat tahan sebak bila tengok kawan-kawan kau .
Diaorang peluk kau , cium kau , menagis kat sekujur tubuh yang kaku .
Aku macam tak percaya yang tubuh diaorang peluk tuh kau .
Kau dah tak ada . Kau dah pergi . Tak ada lagi Asyraf Yaacob .
Hmmmmm :(
Ni lah takdir . Aku kena redha yang aku dah hilang sorang kawan .

SELAMAT TINGGAL , ASYRAF YACCOB :')
Semoga kau tenang dan aman disana .
AMIN.



KBAI !

Sentap ? Kau punye pasal lah !

Sejarah ♥

Cute Cherry